Pages

Selasa, 10 Jun 2014

[SUKAN] Wajib Tonton 10 Perlawanan Piala Dunia 2014!

 
 
[SUKAN] BEBERAPA hari sebelum Piala Dunia 2014 di Brazil membuka tirainya, pelbagai spekulasi dibuat berkaitan pasukan dan pemain yang akan beraksi pada perlawanan yang dinanti-nantikan.

Disenaraikan 10 perlawanan yang 'patut ditonton' kaki bola bermula 12 Jun hingga 25 Jun ini.

*12 Jun - Perlawanan pada upacara perasmian kejohanan itu tentunya membabitkan tuan rumah, Brazil yang akan menentang Croatia menduduki senarai teratas.

*13 Jun - Seterusnya, Sepanyol berdepan Belanda umpama perlawanan akhir pada 2010.

*14 Jun - Aksi Uruguay menentang Costa Rica dianggap penentu nasib kedudukan England yang diletakkan dalam kumpulan sama.

*15 Jun - Begitu juga perlawanan Argentina dengan Bosnia-Herzegovina apabila Lionel Messi yang sebelum ini berdepan masalah kecederaan akan beraksi untuk negaranya.

*16 Jun - Seterusnya, Jerman menentang Portugal yang dianggap pertembungan dua kuasa besar bola sepak yang berdepan masalah kecederaan pemain. Cristiano Ronaldo kini mula menjalani latihan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pemain itu akan beraksi nanti, begitu juga Joachim Low dan Marco Reus.

*19 Jun - Perlawanan antara Colombia dan Ivory Coast pula dijangka menarik apabila keduanya dikatakan mahu membuktikan keupayaan masing-masing selepas berdepan kritikan. Columbia memiliki penjaring gol terbanyak Radamel Falcao yang melayakkan mereka ke Piala Dunia, manakala Ivory Coast pula dikatakan mempunyai barisan pemain berbakat.

*22 Jun - Belgium menentang Russia dengan meletakkan Belgium sebagai pilihan untuk memberi saingan hebat terutama apabila dibarisi pemain seperti Hazard, Kompany, Lukaku dan Courtois, manakala Russia yang diwakili 12 pemain Liga Perdana.

*23 Jun - Belanda berdepan Chile dimana kejayaan satu lagi negara Selatan Amerika ini perlu diberi perhatian selepas berjaya layak ke Piala Dunia.

*24 Jun - Itali menentang Uruguay tentunya akan menyaksikan bagaimana penyerang Itali, Mario Balotelli bermain dengan pasukan kebangsaannya. Ketika ini juga, kedudukan England dalam kumpulan D diramal selesa.

*25 Jun - Ecuador melawan Perancis turut disenaraikan kerana Ecuador dikatakan pasukan yang tidak menyerah kalah dan mampu memberi saingan kepada Perancis.

[SUKAN] Piala Dunia 2014 Ronaldo, Neymar, Rooney Bintangi Animasi Nike




[SUKAN] PENYERANG England, Wayne Rooney bersama-sama dengan beberapa bintang bola sepak lain seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic membintangi dalam bahagian ketiga kempen piala dunia menerusi komersial animasi yang dibawakan oleh jenama 'Nike'.

David Luiz, Franck Ribery, Andres Iniesta dan Tim Howard turut kelihatan dalam filem animasi berdurasi lima minit yang bertajuk 'The Last Game'.

Di dalam filem itu, kelapan-lapan bintang bolak sepak yang membawa kemenangan telah dipaksa keluar dari perlawanan oleh klon-klon yang membosankan.

Kesemua pemain yang dibawa keluar dari permainan itu kemudiannya terpaksa melakukan tugas-tugas seperti orang-orang lain ekoran kehadiran klon tersebut.

Bintang Samba, Neymar dan David Luiz terpaksa bekerja sebagai pendandan rambut di mana salah seorang pelanggan mahukan gaya rambut seperti mereka.

Pemain Real Madrid, Ronaldo masih menjadi peragawan tetapi kali ini terpaksa memperagakan pakaian di tingkai kedai manakala Roney pula bekerja sebagai nelayan di kawasan limbungan kapal.
Ibrahimovic pula berusaha keras untuk menjual autobiografi lamanya dengan melaungkan "Saya Zlatan, atau saya yang dahulu!"


[HIBURAN/SELEBRITI] Mengenai Dakwaan Kes Pukul Awie Tuntut Bukti




[HIBURAN/SELEBRITI] AMPANG: Penyanyi rock Awie (Wings) yang dikatakan telah memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank hanya akan memberi penjelasan berhubung tuduhan itu sekiranya ada bukti dia berbuat demikian.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan  tersebut sebagai fitnah terhadapnya.

"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.

"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.

Penyanyi ini ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini
Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini.


Tindakan penyanyi itu mengejutkan kakitangan dan pelanggan bank berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan.

Isteri penyanyi rock itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat ditampar dan dipukul suaminya.

Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock yang dimaksudkan meminta isterinya membuat pengeluaran wang di bank berkenaan.

Sementara itu, tambah Awie, laporan tersebut tidak ditujukan kepada dia dan mungkin ia ditujukan kepada penyanyi rock Malaysia yang lain.

"Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini.

"Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan," ujarnya.

[GEMPAR] Bihun cap masjid tiada sijil halal Jakim!




[BERITA TERKINI] KUALA LUMPUR - 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.
  
Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.
  
"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.
  
Hakimah berkata, produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim.

[GEMPAR] Proses Membuat Bihun (Cap Masjid) yang Menjijikan



[GEMPAR] Heboh dimedia-media sosial penyebaran gambar mengenai sebuah Kilang Bihun terkenal di Kuala Lumpur yang menunjukan cara proses membuat bihun yang amat menjijikan.

Bihun yang mengunakan jenama dan gambar Cap Masjid antara jenama bihun yang agak popular di pasaran, namun amat malang cara proses mereka amat jijik dan mengelikan.

Kawasan kilang kotor dengan perkerja yang tidak memakai baju melakukan kerja proses pembungkusan bihun tesebut.