Pages

Selasa, 10 Jun 2014

[SUKAN] Wajib Tonton 10 Perlawanan Piala Dunia 2014!

 
 
[SUKAN] BEBERAPA hari sebelum Piala Dunia 2014 di Brazil membuka tirainya, pelbagai spekulasi dibuat berkaitan pasukan dan pemain yang akan beraksi pada perlawanan yang dinanti-nantikan.

Disenaraikan 10 perlawanan yang 'patut ditonton' kaki bola bermula 12 Jun hingga 25 Jun ini.

*12 Jun - Perlawanan pada upacara perasmian kejohanan itu tentunya membabitkan tuan rumah, Brazil yang akan menentang Croatia menduduki senarai teratas.

*13 Jun - Seterusnya, Sepanyol berdepan Belanda umpama perlawanan akhir pada 2010.

*14 Jun - Aksi Uruguay menentang Costa Rica dianggap penentu nasib kedudukan England yang diletakkan dalam kumpulan sama.

*15 Jun - Begitu juga perlawanan Argentina dengan Bosnia-Herzegovina apabila Lionel Messi yang sebelum ini berdepan masalah kecederaan akan beraksi untuk negaranya.

*16 Jun - Seterusnya, Jerman menentang Portugal yang dianggap pertembungan dua kuasa besar bola sepak yang berdepan masalah kecederaan pemain. Cristiano Ronaldo kini mula menjalani latihan, bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pemain itu akan beraksi nanti, begitu juga Joachim Low dan Marco Reus.

*19 Jun - Perlawanan antara Colombia dan Ivory Coast pula dijangka menarik apabila keduanya dikatakan mahu membuktikan keupayaan masing-masing selepas berdepan kritikan. Columbia memiliki penjaring gol terbanyak Radamel Falcao yang melayakkan mereka ke Piala Dunia, manakala Ivory Coast pula dikatakan mempunyai barisan pemain berbakat.

*22 Jun - Belgium menentang Russia dengan meletakkan Belgium sebagai pilihan untuk memberi saingan hebat terutama apabila dibarisi pemain seperti Hazard, Kompany, Lukaku dan Courtois, manakala Russia yang diwakili 12 pemain Liga Perdana.

*23 Jun - Belanda berdepan Chile dimana kejayaan satu lagi negara Selatan Amerika ini perlu diberi perhatian selepas berjaya layak ke Piala Dunia.

*24 Jun - Itali menentang Uruguay tentunya akan menyaksikan bagaimana penyerang Itali, Mario Balotelli bermain dengan pasukan kebangsaannya. Ketika ini juga, kedudukan England dalam kumpulan D diramal selesa.

*25 Jun - Ecuador melawan Perancis turut disenaraikan kerana Ecuador dikatakan pasukan yang tidak menyerah kalah dan mampu memberi saingan kepada Perancis.

[SUKAN] Piala Dunia 2014 Ronaldo, Neymar, Rooney Bintangi Animasi Nike




[SUKAN] PENYERANG England, Wayne Rooney bersama-sama dengan beberapa bintang bola sepak lain seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic membintangi dalam bahagian ketiga kempen piala dunia menerusi komersial animasi yang dibawakan oleh jenama 'Nike'.

David Luiz, Franck Ribery, Andres Iniesta dan Tim Howard turut kelihatan dalam filem animasi berdurasi lima minit yang bertajuk 'The Last Game'.

Di dalam filem itu, kelapan-lapan bintang bolak sepak yang membawa kemenangan telah dipaksa keluar dari perlawanan oleh klon-klon yang membosankan.

Kesemua pemain yang dibawa keluar dari permainan itu kemudiannya terpaksa melakukan tugas-tugas seperti orang-orang lain ekoran kehadiran klon tersebut.

Bintang Samba, Neymar dan David Luiz terpaksa bekerja sebagai pendandan rambut di mana salah seorang pelanggan mahukan gaya rambut seperti mereka.

Pemain Real Madrid, Ronaldo masih menjadi peragawan tetapi kali ini terpaksa memperagakan pakaian di tingkai kedai manakala Roney pula bekerja sebagai nelayan di kawasan limbungan kapal.
Ibrahimovic pula berusaha keras untuk menjual autobiografi lamanya dengan melaungkan "Saya Zlatan, atau saya yang dahulu!"


[HIBURAN/SELEBRITI] Mengenai Dakwaan Kes Pukul Awie Tuntut Bukti




[HIBURAN/SELEBRITI] AMPANG: Penyanyi rock Awie (Wings) yang dikatakan telah memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank hanya akan memberi penjelasan berhubung tuduhan itu sekiranya ada bukti dia berbuat demikian.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan  tersebut sebagai fitnah terhadapnya.

"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.

"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.

Penyanyi ini ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan LongJack di Bora Ombak di sini
Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini.


Tindakan penyanyi itu mengejutkan kakitangan dan pelanggan bank berkenaan sehingga menimbulkan kekecohan.

Isteri penyanyi rock itu dikatakan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat ditampar dan dipukul suaminya.

Difahamkan kekecohan itu berlaku apabila penyanyi rock yang dimaksudkan meminta isterinya membuat pengeluaran wang di bank berkenaan.

Sementara itu, tambah Awie, laporan tersebut tidak ditujukan kepada dia dan mungkin ia ditujukan kepada penyanyi rock Malaysia yang lain.

"Laporan itu tak cakap pun penyanyi itu adalah saya jadi tak perlulah nak besarkan isu ini.

"Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita tidak lepas melakukan kesilapan," ujarnya.

[GEMPAR] Bihun cap masjid tiada sijil halal Jakim!




[BERITA TERKINI] KUALA LUMPUR - 'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.
  
Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.
  
"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.
  
Hakimah berkata, produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim.

[GEMPAR] Proses Membuat Bihun (Cap Masjid) yang Menjijikan



[GEMPAR] Heboh dimedia-media sosial penyebaran gambar mengenai sebuah Kilang Bihun terkenal di Kuala Lumpur yang menunjukan cara proses membuat bihun yang amat menjijikan.

Bihun yang mengunakan jenama dan gambar Cap Masjid antara jenama bihun yang agak popular di pasaran, namun amat malang cara proses mereka amat jijik dan mengelikan.

Kawasan kilang kotor dengan perkerja yang tidak memakai baju melakukan kerja proses pembungkusan bihun tesebut.

[SUKAN] Neymar Takutkan Brazil Selepas Cedera Ketika Latihan




[SUKAN] PENYOKONG Brazil hampir kecewa selepas penyerang pasukan itu, Neymar tercedera ketika latihan pada Isnin.

Pemain berusia 22 tahun itu yang mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki dilihat menerima rawatan segera oleh pasukan medik sejurus selepas beliau terjatuh.


Sebaik berlakunya kejadian, gambar bintang muda itu mula tersebar di laman sosial dengan pelbagai komen kemungkinan Neymar tidak akan menyertai rakan sepasukannya menjelang Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung tiga hari lagi.

Brazil merupakan tuan rumah Piala Dunai bagi edisi ke-20 itu.

Bagaimanapun selepas menerima rawatan, Neymar dilihat kembali beraksi di padang menyambung sesi latihan bersama pasukannya.

[GEMPAR] Video Terbaharu Psy Raih Jutaan Tontonan Dalam Masa Beberapa Jam




[SELEBRITI] PENYANYI Psy mencipta satu lagi fenomena apabila video muzik terbaharunya berjudul Hangover menjadi antara video paling cepat mencapai jutaan tontonan selepas hanya beberapa jam dilancarkan.

Daily Kpop News melaporkan video itu ditonton sebanyak 3,100,000 peminat seluruh dunia dan mencatatkan rekod luar biasa kadar tontonan di laman sosial berkenaan.

Sehingga pukul 9.30 malam pada Isnin, jumlah tontonan video berkenaan yang dicatatkan ialah 4,961,673.

Ia dilancarkan menerusi YouTube pada Isnin bermula pukul 8.15 pagi di Korea Selatan.

Sebagai tambahan, Psy turut menyebut akan menghasilkan sebuah lagi video muzik baharu untuk single berjudul Daddy menjelang musim panas nanti.

[BERITA TERKINI] Imam Besar Masjid Negeri Selangor Meninggal Dunia




[BERITA TERKINI] PETALING JAYA: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri, 40, meninggal dunia pada malam Isnin.

Difahamkan beliau meninggal dunia pada kira-kira pukul 9 malam.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Selalu lalu, beliau dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengadu sesak nafas.

[SUKAN] Nwakaeme mahu bedil Tentera



[SUKAN] Kuantan: Penyerang berbisa Pahang, Dickson Nwakaeme mahu tiga mata diraih apabila bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Tidak mahu terlepas gelaran juara Liga Super, penyerang import kelahiran Nigeria itu percaya skuad Tok Gajah masih berupaya mengucup piala Liga Super musim ini.

Justeru, pemain berusia 28 tahun itu mahu rakan sepasukan mempamerkan prestasi terbaik dan semangat juang tinggi apabila bertemu ATM.

Dia menaruh kepercayaan tinggi untuk memastikan tiga mata diraih dalam usaha memperbaiki kedudukan, sekali gus berusaha merampas kembali persada liga.

“Ketika ini kami perlu fokus lima baki perlawanan dan bertemu ATM adalah detik terbaik untuk meraih kemenangan bagi mengejar lawan seperti Selangor yang kini selesa dengan 34 mata.

“Dengan kejayaan muncul juara Piala FA Sabtu lalu, kami akan memastikan semangat inginkan kemenangan seperti dipamerkan ketika bertemu FELDA United dipersembahkan,” katanya semalam.
Bagi pertahanan import, Damion Stewart, dia akan memastikan gawang skuad Tok Gajah tidak dibolosi ATM sekali gus membawa pulang tiga mata berharga dari Selayang.

Ketika masih lagi bergembira dengan kejayaan Piala FA, bekas pemain Queens Park Rangers itu berkata, kemenangan mampu dicipta jika semua pemain terus kekal fokus dan berusaha keras hingga tamat 90 minit.

“Pada perlawanan esok (malam ini), ia peluang terbaik kami mencatat kemenangan dan mengejar kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super musim ini,”

[GEMPAR] Tukul besi penamat sesi mabuk warga Nepal


[BERITA TERKINI] Kota Bharu: Seorang warga Nepal parah di kepala akibat dipukul rakannya yang dipercayai mabuk menggunakan penukul besi dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.

Kejadian itu disedari jiran mangsa selepas terdengar sesuatu yang pelik sebelum bertindak menghubungi pihak polis pada jam 10.30 pagi.

Akibat pukulan itu, mangsa berusia 20-an dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh majikannya sementara rakannya yang juga berumur 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, dua sahabat itu menghuni rumah sewa berkenaan dan bekerja di sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, dekat sini, sejak dua tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua sahabat berkenaan berada dalam keadaan mabuk, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Suspek ditahan di rumah berkenaan sebaik saja polis menerima laporan yang dibuat oleh jiran mereka.

“Dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata atau alat berbahaya,”

[INFO] BOLA PIALA DUNIA 2014 (BRAZUCA)


PROSES UJIAN BOLA PIALA DUNIA 2014 BRAZUCA
2.5  Tahun
10   Negara
30   Pasukan
600 Pemain

Isnin, 9 Jun 2014

[BERITA TERKINI] Warga emas maut dilanggar keretapi


[BERITA TERKINI] IPOH - Seorang warga emas maut dilanggar kereta api di Kilometer 190, Lahat berhampiran Taman Halaman Sentosa di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, Din Chik, 84, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, patah tangan serta kaki.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dari Kampung Seri Murni, Pasir Putih di sini cuba melintas landasan tersebut sebelum terpelanting ke tepi akibat rempuhan kereta api itu yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

"Polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melakukan pemeriksaan menemui mangsa terbaring di tepi landasan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat, katanya.
Difahamkan di tempat kejadian polis turut menemui kunci kereta, tongkat dan kopiah putih dipercayai milik lelaki itu. - Bernama

[GEMPAR] Jururawat lekat pelekat pada mulut bayi



[GEMPAR] MANILA - FILIPINA. Sepasang suami isteri berang apabila mendapati jururawat sebuah hospital di Filipina melekatkan pita selofan pada mulut anaknya yang baru lahir.

Apabila Ryan Noval dan Jasmine Badocdoc meminta jururawat membuka pelekat pada mulut Yohannes Noval, alasan yang diberikan adalah bayi itu menangis dengan kuat dan sentiasa meminta susu.

Semasa jururawat membuka pelekat tersebut, bayi itu menangis kerana kulitnya terlekat pada pita dan luka.

"Anak saya tidak boleh bercakap tentang pengalaman ngeri yang dilalui ketika berada di bawah jagaan jururawat di nurseri hospital.

"Saya perlu bersuara bagi pihak dia. Jika anda berasa bayi anda selamat, fikirkanlah semula," katanya.

[BERITA TERKINI] Keluarga mangsa lancar kempen 'Ganjaran MH370' AS$5 juta


KUALA LUMPUR - Beberapa ahli keluarga penumpang pesawat MH370 semalam melancarkan kempen 'Ganjaran MH370' yang menawarkan hadiah sebanyak AS$5 juta (RM16 juta) kepada 'orang dalam' yang dapat merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu sejak tiga bulan lalu.

Ketua kempen itu, Ethan Hunt berkata, ganjaran yang ditawarkan itu diharapkan dapat menarik perhatian 'orang dalam' untuk mendedahkan maklumat mengenai kehilangan pesawat itu seperti dikehendaki oleh ahli keluarga mangsa terlibat.

"Kami percaya ada seseorang yang mengetahui sesuatu (kehilangan MH370). Kami berharap ganjaran ini dapat menarik minatnya untuk tampil ke hadapan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

[SUKAN] Skuad Cameroon Enggan Naik Pesawat Ke Brazil


[SUKAN] SKUAD Piala Dunia Cameroon didakwa enggan menaiki pesawat ke Brazil kerana tidak puas hati dengan jumlah bonus yang ditawarkan, lapor sebuah akhbat sukan Perancis, L'Equipe.

Laman web akhbar itu juga mendakwa skuad berkenaan sebaliknya terus menetap di hotel yang disediakan di ibu negara Cameroon.

Insiden itu menyebabkan wakil media berkampung di luar ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Cameroon bagi mendapatkan berita terkini berhubung perkara itu.

Pemain yang mewakili negara itu sepatutnya meneruskan perjalanan ke Sao Paulo pada pagi Ahad menaiki pesawat khas yang disewa Presiden Cameroon, Paul Biya.

Pemain dikatakan tidak berpuas hati kerana jumlah yang ditawarkan rendah dan tidak seperti yang dijangkakan.

Bagaimanapun, selepas 12 jam berbincang, akhirnya pasukan itu dikatakan berjaya menyelesaikan isu berkenaan.

Kedua-dua kerajaan dan badan bola sepak negara, Fecafoot  memutuskan akan menyerahkan 5.8 Juta CFA francs atau 7,200 paun iaitu lebih 50 juta CFA francs daripada tawaran asal kepada pemain yang menyertai skuad kebangsaan ke Piala Dunia.

"Semuanya sudah okay dan pasukan akan berlepas ke Brazil malam ini.

"Kami terpaksa meminjam sejumlah wang untuk memuaskan hati pemain," kata jurucakap Fecafoot.

[SUKAN] Ape Yang Terjadi (Impian Reus musnah)


[SUKAN] RIO DE JANEIRO – Malang menimpa pemain tengah Jerman, Marco Reus. Dia terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Brazil gara-gara kecederaan.

Reus menjadi pemain terbaharu yang mengalami kecederaan menjelang temasya Piala Dunia 2014 sedangkan dia sudah bersedia untuk bermain pada kejohanan berprestij itu.

Sehari selepas kecederaan yang dialami pemain Perancis, Frank Ribery yang akhirnya terlepas peluang beraksi di Brazil, Reus pula disahkan pegawai Jerman untuk tidak berlepas ke Brazil.

Pemain tengah Borussia Dortmund itu meninggalkan padang dalam keadaan sedih selepas kejayaan pasukan itu mengatasi Armenia 6-1 pada aksi pemanas badan dan kedudukan Reus dalam pasukan disahkan oleh jurulatih Jerman.

Menurut Loew, pemain tersebut mengalami kecederaan kecederaan yang agak teruk.
“Marco (Reus) sangat kecewa sebab terlepas aksi Piala Dunia dan ini memberi tamparan hebat buat pasukan.

“Apabila kami mendapat tahu yang dia mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kiri, saya tahu peluangnya ke Piala Dunia sudah berakhir,” kata Loew.

Reus yang mengalami musim hebat bersama kelabnya dianggap sebagai nadi Jerman untuk merampas Piala Dunia selepas kali terakhir menjulangnya 18 tahun lalu.

Jerman akan memulakan saingan Kumpulan G menentang Portugal pada 16 Jun ini.

[BERITA TERKINI] Ajak (Shiro) cantas perompak!


[BERITA TERKINI] KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak popular (Ajak Shiro) berjaya mematahkan tindakan seorang lelaki mencuri perkakas dapur dan rumah dari kediaman keluarganya di Jalan Denai Kecil, Taman Purnama, Kempas, Johor Bahru kelmarin.

Sebahagian besar barangan yang dicuri itu merupakan perkakas memasak yang digunakan untuk majlis kenduri pertunangan adik Ajak Shiro sehari sebelum itu.

Nasib baik Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohd. Hanaffi Razak, 28, yang berada di rumah semasa kejadian pada pukul 9 pagi itu berjaya mengejar lori tersebut.

Ahad, 8 Jun 2014

[SUKAN] JADUAL PIALA DUNIA 2014 WAKTU MALAYSIA



JUMAAT, 13 JUN 2014
A 04:00 Brazil lwn Croatia


SABTU, 14 JUN 2014
A 12:00am Mexico lwn Cameroon
B 03:00am Spain lwn Netherlands
B 06:00am Chile lwn Australia

AHAD, 15 JUN 2014
C 12:00am Colombia lwn Greece
D 03:00am Uruguay lwn Costa Rica
D 06:00am England lwn Italy
C 09:00am Côte d'Ivoire lwn Japan

ISNIN, 16 JUN 2014
E 12:00am Switzerland lwn Ecuador
E 03:00am France lwn Honduras
F 06:00am Argentina lwn Bosnia-Herzegovina

SELASA, 17 JUN 2014
G 12:00am Germany lwn Portugal
F 03:00am Iran lwn Nigeria
G 06:00am Ghana lwn USA

RABU, 18 JUN 2014
H 12:00am Belgium lwn Algeria
A 03:00am Brazil lwn Mexico
H 06:00am Russia lwn Korea Republic

[INFO] Azan di Vatican City



[INFO] VATICAN CITY - Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan diperdengarkan di Vatican City hari ini dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin.

Times of Israel melaporkan, Pope Francis menjemput Presiden Israel; Shimon Peres dan Presiden Palestin; Mahmoud Abbas ke sini bagi kunjungan balas beliau yang melawat Palestin dan Israel minggu lalu.

“Pertemuan Mahmoud, Peres dan Francis akan disertai oleh  pemimpin agama Islam, Yahudi, Kristian dan Islam,”

Pegawai Holy See memaklumkan, solat dan majlis makan malam akan berlangsung bagi melupakan persengketaan dalam politik di antara mereka.

“Pertemuan ini tidak mempunyai matlamat politik. Ia adalah untuk menyatakan hasrat semua pihak untuk melihat keamanan dicapai antara Israel dan Palestin,” katanya dipetik Al Arabiya.

[INFO] How To Train Your Dragon 2,lebih mengujakan!


[INFO] MENGULANGI kejayaan terdahulunya, filem animasi How To Train Your Dragon kembali menemui penonton di layar perak.

Seperti yang sediamaklum, filem ini diadaptasi daripada 12 siri buku cerita kanak-kanak dengan judul yang sama karya penulis British, Cressida Cowell.

Ia berkisar tentang kehidupan puak Viking di kepulauan Berk, di mana seorang budak lelaki bernama Hiccup bersama rakan-rakannya melatih haiwan ganas, iaitu naga untuk dipelihara dan dijadikan haiwan kesayangan mereka.

How To Train Your Dragon 2 membawa penonton menyaksikan kehidupan Hiccup dan rakan-rakannya lima tahun kemudian, ketika mereka sedang menginjak ke alam dewasa.

Walaupun naga pernah menjadi masalah buat manusia suatu ketika dahulu, kini mereka telah dijinakkan dan boleh dibawa pulang untuk tinggalbersama-sama manusia.

Hiccup dan naganya, Toothless, hidup aman dan harmoni dalam dunia Viking bersama rakan-rakan mereka apabila naga dan manusia telah bersatu, malah menjadi sahabat baik.

Kini, dalam How To Train Your Dragon 2 kedua sahabat ini kembali bagi melaksanakan sebuah misi penuh cabaran yang memerlukan lebih keberanian!


[HIBURAN/SELEBRITI] Hijrah artis Brunei



[HIBURAN/SELEBRITI] "PERANG yang paling susah untuk dihadapi adalah 'perang' dengan diri sendiri.

"Lebih-lebih lagi, apabila sebagai manusia, terlalu banyak ajakan dan niat serta dugaan terutamanya daripada bisikan syaitan.

"Oleh itu, saya berharap agar ALLAH SWT sentiasa tetapkan hati saya dengan penghijrahan ini," ulas Nina Iskandar mengenai harapannya terhadap penghijrahan yang dilakukannya sejak sebulan lalu.

Bahkan, jelas pemilik nama sebenar Nur Akmalina Iskandar ini, perubahannya itu datang sepenuhnya daripada hatinya sendiri.

"Punca berhijrah ini lebih kepada perasaan dan keadaan.

[HIBURAN/SELEBRITI] Jimmy Shanley, Mariam selamat bernikah






[HIBURAN/SELEBRITI] PENGACARA, Jimmy Shanley sah bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil dengan sekali lafaz

Pasangan ini dinikahkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Shah Alam yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Mariam yang berusia 27 tahun merupakan seorang ahli perniagaan.

Pernikahan ini merupakan kali kedua buat Jimmy selepas bercerai dengan Nursuhaila Eliani dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley.

[SUKAN] Piya mahu Kelantan fokus Liga Super





[SUKAN] KAPTEN The Red Warriors, Mohd Badri Mohd Radzi bertekad membantu Kelantan memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini apabila bertemu Lions XII di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu Selasa ini.

Mohd Badri, yang lebih mesra disapa Piya, mahu rakan sepasukan melupakan kegagalan untuk layak ke perlawanan akhir Piala FA dan memberi fokus kepada baki perlawanan Liga Super musim ini.

"Kita memerlukan kemenangan pada perlawanan kali untuk mengembalikan keyakinan penyokong.
"Selain itu, kita tidak boleh tercicir mata pada baki saingan liga kali ini sebaliknya perlu kekal konsisten jika mahu berada pada kedudukan terbaik liga musim ini,"

Beliau berkata Mohamad Shawky Aly dan Ahmad Fakri Saarani dijangka beraksi pada perlawanan itu selepas bergelut untuk pulih dari masalah kecederaan.

[SUKAN] Klose lebur rekod Mueller!




[SUKAN] MIROSLAV Klose muncul penjaring terbanyak Jerman selepas memecahkan rekod 40 tahun milik Gerd Mueller pada aksi persahabatan menentang Armenia.

Klose meledak gol ke-69 bersama skuad Jerman apabila menggegar jaring pada minit ke-72 permainan.

Sebelum itu, Mueller yang bakal menyambut hari lahir yang ke-36 pada 9 Jun ini merekodkan 68 gol dalam 62 perlawanan.

Klose berjaya memecah rekod jumlah gol Jerman sejak tahun 1974.

[SUKAN] Pahang muncul juara Piala FA 2014




[SUKAN] PAHANG berjaya menjulang Piala FA buat kali kedua selepas 2006 apabila mengalahkan Felda United FC 2-1 pada final di Stadium Shah Alam malam ini.
  
Separuh Masa: Felda United 1-0
  
Penjaring:

Pahang: Mohd Faizol Hussein (minit ke-79), Dickson Nwakaeme ('88)
  
Felda United FC : Edward Junior Wilson ('22)