Pages

Isnin, 9 Jun 2014

[SUKAN] Ape Yang Terjadi (Impian Reus musnah)


[SUKAN] RIO DE JANEIRO – Malang menimpa pemain tengah Jerman, Marco Reus. Dia terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Brazil gara-gara kecederaan.

Reus menjadi pemain terbaharu yang mengalami kecederaan menjelang temasya Piala Dunia 2014 sedangkan dia sudah bersedia untuk bermain pada kejohanan berprestij itu.

Sehari selepas kecederaan yang dialami pemain Perancis, Frank Ribery yang akhirnya terlepas peluang beraksi di Brazil, Reus pula disahkan pegawai Jerman untuk tidak berlepas ke Brazil.

Pemain tengah Borussia Dortmund itu meninggalkan padang dalam keadaan sedih selepas kejayaan pasukan itu mengatasi Armenia 6-1 pada aksi pemanas badan dan kedudukan Reus dalam pasukan disahkan oleh jurulatih Jerman.

Menurut Loew, pemain tersebut mengalami kecederaan kecederaan yang agak teruk.
“Marco (Reus) sangat kecewa sebab terlepas aksi Piala Dunia dan ini memberi tamparan hebat buat pasukan.

“Apabila kami mendapat tahu yang dia mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kiri, saya tahu peluangnya ke Piala Dunia sudah berakhir,” kata Loew.

Reus yang mengalami musim hebat bersama kelabnya dianggap sebagai nadi Jerman untuk merampas Piala Dunia selepas kali terakhir menjulangnya 18 tahun lalu.

Jerman akan memulakan saingan Kumpulan G menentang Portugal pada 16 Jun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan