Pages

Selasa, 10 Jun 2014

[SUKAN] Nwakaeme mahu bedil Tentera



[SUKAN] Kuantan: Penyerang berbisa Pahang, Dickson Nwakaeme mahu tiga mata diraih apabila bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Tidak mahu terlepas gelaran juara Liga Super, penyerang import kelahiran Nigeria itu percaya skuad Tok Gajah masih berupaya mengucup piala Liga Super musim ini.

Justeru, pemain berusia 28 tahun itu mahu rakan sepasukan mempamerkan prestasi terbaik dan semangat juang tinggi apabila bertemu ATM.

Dia menaruh kepercayaan tinggi untuk memastikan tiga mata diraih dalam usaha memperbaiki kedudukan, sekali gus berusaha merampas kembali persada liga.

“Ketika ini kami perlu fokus lima baki perlawanan dan bertemu ATM adalah detik terbaik untuk meraih kemenangan bagi mengejar lawan seperti Selangor yang kini selesa dengan 34 mata.

“Dengan kejayaan muncul juara Piala FA Sabtu lalu, kami akan memastikan semangat inginkan kemenangan seperti dipamerkan ketika bertemu FELDA United dipersembahkan,” katanya semalam.
Bagi pertahanan import, Damion Stewart, dia akan memastikan gawang skuad Tok Gajah tidak dibolosi ATM sekali gus membawa pulang tiga mata berharga dari Selayang.

Ketika masih lagi bergembira dengan kejayaan Piala FA, bekas pemain Queens Park Rangers itu berkata, kemenangan mampu dicipta jika semua pemain terus kekal fokus dan berusaha keras hingga tamat 90 minit.

“Pada perlawanan esok (malam ini), ia peluang terbaik kami mencatat kemenangan dan mengejar kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super musim ini,”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan