Pages

Ahad, 8 Jun 2014

[SUKAN] Piya mahu Kelantan fokus Liga Super





[SUKAN] KAPTEN The Red Warriors, Mohd Badri Mohd Radzi bertekad membantu Kelantan memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini apabila bertemu Lions XII di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu Selasa ini.

Mohd Badri, yang lebih mesra disapa Piya, mahu rakan sepasukan melupakan kegagalan untuk layak ke perlawanan akhir Piala FA dan memberi fokus kepada baki perlawanan Liga Super musim ini.

"Kita memerlukan kemenangan pada perlawanan kali untuk mengembalikan keyakinan penyokong.
"Selain itu, kita tidak boleh tercicir mata pada baki saingan liga kali ini sebaliknya perlu kekal konsisten jika mahu berada pada kedudukan terbaik liga musim ini,"

Beliau berkata Mohamad Shawky Aly dan Ahmad Fakri Saarani dijangka beraksi pada perlawanan itu selepas bergelut untuk pulih dari masalah kecederaan.



"Kehadiran mereka cukup melegakan kerana mereka mampu menjana enjin tengah serta pasukan Kelantan," kata Piya.

Beliau seterusnya berkata rakan sepasukan harus berwaspada dengan aksi Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal yang mampu memberi masalah buat pertahanan Kelantan.

"Biarpun rata-rata pemain Lions XII adalah pemain tempatan tetapi mereka cukup bagus, semangat pasukan mereka berbeza dan mereka mampu mencipta kejutan," katanya.

Kelantan kini berada di kedudukan keenam liga selepas 17 perlawanan dengan 25 mata, sembilan mata di belakang pendahulu liga iaitu Selangor. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan